Saturday, January 8, 2011

DiariPerempuanXXXL: Sedihnya Bergelar 'Si Gemuk'

Seronok ke jadi gemuk? selain perempuan Mauritus, perempuan2 Arab, semua perempuan nak kurus. Saya pon nak jugak :(

Tapi semua tu belum pernah menjadi kenyataan hingga entry ini ditulis. huh! ok, mari saya cerita apa yang tak bestnya jadi gemok...

1. rendah diri tetibe

betul siyes. tak tipu. takde sape pon yang rendahkan diri korang, tapi korang sendiri yang akan rasa rendah diri dan sentap mak ayam secara tetibe. buktinya...tengoklah! segan kot nak bagitau nama sendiri dan gambar saya :(

2. tak dapat keje

saya seorang yang ambil jurusan yang agak lasak. masa kat U semua cun best sempoi. sampling dengan member2 coursemate, ukur ini itu dan macam macam lagilah! tapi bila nak kerja............
saya banyak hantar resume dan pasti akan dipanggil interview tapi malang, setakat itu jelah. majikan macam tak caya yang saya boleh buat kerja lasak dengan badan yang 'selim' sangat ni kan...

yang paling saya sedih, 2x saya tak pass ujian fizikal PTD. ye, ujian bertulis semua lulus.

huh... apalah gunanya mendapat keputusan peperiksaan yang warnanya terbang kalo tak dapat keje hanya sebab demok? sobs =.+

perkara dan pengalaman tak best saya yang gemok ini akan saya ceritakan pada anda nanti.... dan!

kepada anda diluar sana yang dah mula bersimptom badan dah nak berisi, do something! jangan jadi macam saya... dah gedempol macam ni nak turunkan 20++ bukan mudah!

Seperti biasa, jika anda ada sebarang komen/cadangan/tips... do share wif me ya :) Dan kebaikan anda menyokong usaha diet saya dengan menge'like' fb dan follow belog ini akan membuatkan saya lebih bersemangat! 

Terima kasih

p/s: Doakan saya berjaya :)



Friday, January 7, 2011

DiariPerempuanXXXL: Kalau diet atkins...ok tak?

perempuanXXXL dah survey, kalo perempuan XXXL nak diet, kena pastikan yang diet tu takkan menyebabkan kita boleh suffer lapar sebab for sure gagallah diet itu andai itu terjadi...

so google punya google punya google...jumpa!

Atkins diet. @ low carb diet or whateverlah yang orang panggil. diet yang perlukan kita amik karbohidrat HANYA 20g sehari. so takleh makan nasi.mee/meehoon/kuehtiaw/roti/kentang dan yang lain-lain tu but boleh makan ayam, daging, ikan, sayur dan AWAS! nasi muduh utama :)

ok la kan... takdelah berlapar. what's ur say bout it?

DiariPerempuanXXXL: Sape yang Nak Perempuan Gemok???!!!

Umo saya 25 tahun, tapi berat saya 98kilo! hoh... beratnyew~!!!

Ye... kalo emas 98kg memang semua orang sayang tapi kalo perempuan 98kg, ada yang berkenan ke? memang rasa frust tau, sangat sangat!

dan yang lagi tension tu kan... gemok ni akan bawak macam-macam kesan. kesan utama ialah MALU. Kalau gi shopping complex kan, even nak beli-belah-tingkap je, sales girl mesti akan datang dekat dan cakap "saiz besar ada, kak" kita pon akan macam... "what the...???" ok siyes malu especially bila kita tengah nak beli-belah-tingkap dengan guy yang kita minat diam-diam =.="

...dan bila tengok gambar, arrrghhh dem! macam gergasi je! menci!

dan atas sebab ini, dan beberapa sebab lain yang akan saya ceritakan kemudian, saya amat berharap anda semua memberi sokongan melalui belog ni :)

semoga impian saya mendapat berat 78kg dalam tahun ini menjadi kenyataan! kamu bantu saya capainya, ya!

Segala nasihat/cadangan/komen/tips amat saya alu-alukan...


p/s ~ boleh 'like' FB dan follow blog ini supaya saya tak rasa keseorangan, ya!